Sunday, December 26, 2010

TAHUKAH ANDA...........

Tahukah anda bahawa harga emas meningkat sebanyak 28% sejak 10 tahun dahulu manakala skim simpanan ASB yang paling popular dikalangan masyarakat Melayu hanyalah 7% setahun. Itu belum lagi ditolak dengan kadar inflasi purata negara sebanyak 4% setahun. Padahal ia lebih tinggi dari jangkaan kerajaan. Ramai orang sedar tentang perkara ini tapi masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Bila kita bercerita tentang perkara ni masing-masing buat macam tak tau saja atau memang tak tau langsung.
Charta harga emas sejak 10 tahun dahulu.


Berdasarkan trend kenaikan semasa harga emas pada 2015 iaitu lima tahun akan datang dijangka RM200 pergram. Masa tu sesiapa yang masih belum mempunyai simpanan emas hanya mampu melihat je la.

Kenapa pentingnya kita mempunyai satu komoditi penyimpan nilai yang stabil untuk masa depan sebagai mengantikan duit kertas? Ini kerana nilai duit kertas di semua negara dunia ini dalam susana menurun. Sebagai contoh nilai pound yang dikatakan paling stabil di dunia pun hanya tinggal RM5 lebih berbanding RM8 pada beberapa tahun dulu.
Perkahwinan artis M Nasir & Marlia Musa pada suatu ketika dulu menggunakan dinar sebagai hantaran
Saya seakan boleh meneka apa yang difikirkan oleh masyarakat kita tentang persepsi kenapa sambutan agak dingin jika saya bercerita tentang emas. Ini mungkin kerana mereka masih fobia dengan kaedah MLM yang banyak merugikan pengguna. Bagi mereka yang tidak faham ia memberi gambaran yang salah tentang kelebihan menyimpan dalam bentuk emas.

Dalam perkara ni saya lihat masyarakat Kelantan lebih kedepan dalam memahami akan kelebihan emas sejak dulu lagi. Kalau kita lihat peniaga di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu, kebanyakannya memakai barang kemas yang bukan sedikit jumlahnya. Ini mengambarkan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk 'melabur' dengan membeli emas sebagai simpanan mereka.
Kempen pilihan raya di DUN Galas di Parlimen Gua Musang, Kelantan
Jadi apakah tindakan kita seterusnya? Adakah kita masih mengambil sikap tunggu & lihat?

No comments:

Post a Comment