Sunday, December 26, 2010

SIMPAN, MENABUNG DAN BINA HARTA DENGAN EMAS

Sejak aku berkenalan dengan emas lebih kurang setahun yang lalu, terasakan selama ini kita telah ditipu oleh mereka yang mempunyai kuasa terhadap ekonomi dunia dan sudah tentunya ianya adalah Amerika Syarikat.

Tahukah anda bahawa duit yang kita gunakan sekarang ni hanyalah sekeping kertas yang diberi nombor sahaja? Tanpa nombor-nombor berkenaan, ia hanya sekeping kertas yang tak berguna seperti kertas-kertas yang lain. Bayangkan jika duit kertas itu yang bernilai RM100, jika terendam bersama pakaian dalam mesin basuh bersama sabun dan diputar bersama pakaian.
Contoh duit kertas jika dibasuh bersama pakaian.
Bayangkan jika duit yang kita simpan di rumah atau tempat lain, jika berlaku kebakaran ia akan menjadi abu bersama bahan bakar yang lain. Kita akan mendapat kerugian dalam sekelip mata sahaja. Tapi risiko ini boleh dielakkan jika kita menyimpan dalam bentuk EMAS.
Sesal dahulu, untung tapi sesal kemudian salah sendiri
Antara sifat semulajadi emas ialah:
1- Ia tidak dapat dimusnahkan seperti logam-logam yang lain. Logam seperti besi, ia akan mereput atau terhakis (berkarat) jika terkena asid yang kuat seperti asid hidroklorik dan asid-asid lain.

2- Logam yang paling bernilai di dunia berbanding logam lain dan semua manusia sukakannya. Ia menjadi perhiasan manusia sejak 6000 tahun dahulu.

3- Harganya sentiasa meningkat kerana permintaan yang tinggi dan dalam sejarah manusia ia tidak pernah gagal seperti logam lain seperti timah, besi dan lain-lain.

4- Bagi emas tulen (999.9%) berat timbangannya adalah sama sahaja bila berada atas darat dan di dalam air. Jika terdapat perbezaan maka ketulenan emas akan menurun.

No comments:

Post a Comment