Sunday, December 26, 2010

SOALAN YG SELALU DITANYA BERKAITAN EMAS?

Berikut ini adalah pertanyaan-pertanyaan yang sangat sering diajukan oleh pengunjung webblog ini.

1. Apakah maksud Emas 999.9 itu ?

Maksud 999.9 ialah mewakili 99.9% ketulenan emas itu sendiri dari campuran logam asing sebagai bahan pengeras atau pewarna (selain daripada emas). Sesetengah negara menggunakan karat iaitu 24k bagi 999.9 dan 22k bagi emas 916 (ketulenan 91.6% emas).

2. Apakah dinar emas sama dengan dinar Iraq?
Tidak sama sekali. Dinar iraq hanya unit matawang fiat (wang kertas) sepertimana negara-negara lain manakala dinar emas adalah berupa syiling emas yang telah ditetapkan beratnya 4.25gram dan diperakui di serata dunia.

3. Bagaimana hendak menentukan keaslian sesuatu emas dan peratus ketulenannya?
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas. Antaranya :
# Dengan menggunakan asid hidroklorik. Emas tidak bertindakbalas dengan asid tersebut
# Menimbang menggunakan air. Berat emas adalah sama semasa berada dalam air dan daratan
# Datang terus ke Arrahnu untuk ujian

4. Bagaimana menetapkan harga emas?
Harga emas tidak boleh dikawal dan ia adalah berdsarkan permintaan semasa antarabangsa. Harga emas tempatan banyak dipengaruhi oleh permintaan antarabangsa. untuk rujukan sila KLIK SINI 

5. Adakah harga emas selalu naik?
Berdasarkan sejarah harga emas adalah stabil dan yang menjadikan ianya mahal adalah kerana kejatuhan nilai matawang Fiat atau wang kertas. Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun ialah 28%. Sila rujuk SINI 

6. Adakah saya akan rugi jika harga emas jatuh?
Anda tidak akan rugi sekiranya anda tidak menjual emas tersebut dan begitulah sebaliknya. Untuk jangkamasa singkat, harga emas tidak menentu tapi untuk jangkamasa panjang (lebih 5 tahun) harganya terus naik. 

7. Dimanakah boleh saya jual emas untuk dapatkan tunai?
Anda boleh jual kepada mana-mana pengedar emas bertauliah dengan harga semasa. Anda tidak digalakkan menjual emas berkenaan di kedai emas kerana beza harga yang agak tinggi iaitu 20-25% dari harga pasaran

8. Bagaimana nak menyimpan emas?
# Dengan menyewa safebox di bank-bank tempatan dengan harga sekitar RM250-300 setahun 
# Pajak sambil simpan di Arrahnu (paling popular)
# Simpan sendiri

9. Jika syarikat pengeluar jenama emas yang saya beli bankkrap, apa harus saya buat?
Jangan risau. Simpan emas anda macam biasa selama mungkin sebab ia tetap berharga.

10. Bagaimana zakat emas?
Emas yang dikenakan zakat ialah 85 gram ke atas yang cukup setahun dengan kadaran 2.5% kadaran semasa. 

11. Bagaimana saya hendak membeli dinar emas, gold bar atau syiling emas?
Beli dengan pengedar emas berdaftar dan rujuk harga semasa. 

12. Adakah emas saya akan susut nilai?
Nilai emas sentiasa meningkat jika dibandingkan dengan ringgit. Susut nilai yang dimaksudkan ialah beza harga jual dan harga beli iaitu antara 5-6% dari harga semasa

No comments:

Post a Comment