Sunday, December 26, 2010

BAGAIMANA NAK MULA SIMPAN EMAS...

Bila saya selalu berceritakan kepada rakan-rakan akan kelebihan menyimpan emas berbanding duit kertas ialah, bagaimana nak simpan emas duit pun tak ada. Engko tak apa la, duit banyak. Saya pun tanya dia balik, anda ada kereta, rumah dan tanah. bagaiamana anda beli padahal harganya berpuluh ribu! Tapi pandai pulak dia jawab, dengan pinjaman (loan bank) la. Saya pun terus menyampuk, beli emas pun boleh buat loan jugak malah bebas dari RIBA. Dia bertanya lagi, bagaimana caranya?
Barang kemas juga diterima untuk dipajak

Begini caranya. Kita boleh buat loan bank untuk dapatkan harta idaman kita seperti yang saya nyatakan tadi malah emas pun boleh sebab emas adalah harta kita yang paling bernilai berbanding kereta, rumah dan tanah tadi. Sebab saya berkata begitu dengan adanya emas kita boleh dapatkan lain-lain harta dengan mudah. Arrahnu  tdak menerima kalau kita nak gadai rumah, kereta atau tanah tapi hanya emas saja. Jadi kalau nak gadai jugak kita terpaksa pergi ke bank dengan cara riba (interest).

Dengan membuat pengiraan yang betul kita dapat bayangkan berapakah jumlah bayaran bulanan yang kita mampu bayar kepada Arrahnu. 

Sebagai contoh:
Saya ingin membeli emas dalam bentuk gold bar 100 gram dengan harga sekarang ialah RM15,000 tapi tiada duit tunai sebanyak itu. Arrahnu akan membayar 70% dari nilai pajakan kita iaitu RM10,500 jadi saya kena sediakan baki 30% iaitu RM4500 tadi sebagai deposit. Bila dah siap berkira-kira saya pun mengajak penjual gold bar tadi ke Arrahnu untuk menyelesaikan urusan tadi mengikut apa yang dirancang.

Gold bar 100 gram PAMP Suisse

Pada resit gadaian nama saya ditulis sebagai pemilik sebenar emas tersebut dengan nilai marhum digunakan untuk membayar baki 70% (RM10,500) dan deposit ( RM4500) harga emas tadi. Jadi urusan saya dengan penjual emas sudah selesai. Saya hanya perlu membayar kepada Arrahnu secara ansuran. Cara kiraan pajakan di Arrahnu ialah:

Contoh Cara Pengiraan

Harga Emas 24k Agro bank = RM 150.00
Item = 100g pamp suisse 24k

Nilai Marhun
= RM 150.00 x 100g
= RM 15,000.00

Kadar Pinjaman
= RM 15,000.00 x 70%
= RM 10,500.00

Kadar upah simpan emas bulanan bagi setiap RM 100 ialah RM 0.75. Boleh rujuk di SINI

Kadar Upah Simpan Sebulan
= RM 15,000.00 x RM 0.75/100
= RM 112.50

Kadar Upah Simpan bagi 6 Bulan
= RM 112.50 x 6
= RM 675.00

Cara bayaran upah simpan di Arrahnu ialah saya mesti menjelaskan upah tersebut dalam masa 6 bulan (bayaran upah untuk 6 bulan sahaja) dan bila-bila masa dalam 6 bulan tersebut. Jadi untuk mendapatkan semula emas pajakan tadi saya mestilah menjelaskan wang marhum ( RM10,500) dan upah simpan sebanyak RM112.50 setiap bulan. Kita boleh lanjutkan tempoh bayaran pada 6 bulan berikutnya dan sehingga 18 bulan.

No comments:

Post a Comment