Wednesday, July 20, 2011

Harga Emas Mencecah Harga Tertinggi Lagi

Sebelum tu kita dengar apa kata Dato Salleh Majid iaitu ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur tentang kelebihan menyimpan emas berbanding melabur dalam saham amanah.



Setelah lama menunggu dengan harga turun naik sekarang ia menampakkan kenaikan mendadak iaitu pada aras USD1594/oz utk harga spot. Manakala harga kat FGJAM telah naik kepada RM183/g untuk kualiti 24k. Tapi harga dengan ejen emas berbentuk pelaburan masih rendah iaitu RM172/g.

Oleh itu untuk simpanan jangka masa panjang sila hubungi nombor atau email di atas untuk rundingan lanjut.
Harga setahun update dari kitco.com

Sunday, June 12, 2011

HARGA EMAS TERTINGGI DALAM SEJARAH

Amat beruntung orang yang menyimpan emas. Harga emas telah berada pada paras tertinggi. berikut adalah harga emas yg disyorkan oleh Federation Of Goldsmith And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)


Emas 999 : RM172/g
Emas 916: RM162/g
Emas 835 : RM148/g
Emas 750:RM133/g
Emas 375: RM72/g
Last Update 13 April 2011
simpanan emas menjamin masa depan

Bank Ceti Berlesen

Pertama sekali aku nak tekankan bahawa aku bukan marah kat bank tapi sistemnya agak membuatkan aku susah hati. Aku dan pasti semua orang tiada pilihan lain untuk menyimpan duit melainkan di bank yang difikirkan lebih selamat dari dirompak penyamun. Maklum lah duit adalah satu benda paling berkuasa atas muka bumi ni.

Tahukah anda bahawa bank adalah sama dengan ceti haram tapi ia menjadi halal bila diberi lesen oleh pihak pemerintah (kerajaan) dan mengamalkan sistem kapitalis. Sila rujuk di SINI untuk kefahaman seterusnya tentang sistem kapitalis. Pernahkah anda membuat pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau pinjaman perumahan? Jika pinjaman RM10,000 maka bayaran balik akan menjadi sekali ganda atau lebih. Ini dinamakan interest atau keuntungan yang dikenakan kepada peminjam. Walau apa pun nama yang diberi ia tetap riba yang diharamkan oleh Allah.Ibnu Abbas ra berkata, “Wahyu yang paling akhir diturunkan kepada Rasulullah Saw adalah ayat mengenai riba”. (Riwayat Bukhari).



Kebiasannya nasihat atau pesanan terakhir yang kita beri kepada seseorang atau anak kita sendiri sebelum melakukan sesuatu ialah yang terpenting dan tidak harus dilupakan. Dalam ceramah mengenai kewangan Islam oleh Ustaz Zaharuddin juga menekankan bahawa sistem muamalat Islam adalah bab yang paling mencabar ilmu para ulamak dunia. Sila download dalam versi audio di SINI

Dr Yusuf Al Qardawi pernah mengatakan bahawa:
''Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan. Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamat asalnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang ...memakan dan yang diberi makan'.

Tahukah anda bahawa sistem wang fiat ini hanya berusia sekitar 40 tahun. Masih teramat baru jika nak dibandingkan dengan kewangan zaman nabi iaitu lebih 1400 tahun lalu. Maka dengan sistem yang dicipta oleh manusia dari barat yang semestinya berasaskan keuntungan, keutuhannya amat diragukan. Oleh kerana ketamakan manusia ingin memiliki wang yang banyak, maka wang kertas (wang fiat) telah dicetak tanpa bersandarkan dengan emas sejak 1969 dengan dimulakan oleh Amerika untuk menghadapi perang dengan Vietnam.
Logo Kapitalis

Sejak tarikh berkenaan harga emas mula naik sehingga ke paras sekarang dan mungkin tidak lama lagi kita tidak mampu untuk memiliki walaupun se gram emas.

Bila berlaku kenaikan harga barang, orang tidak lagi mampu untuk membeli sesuatu yang dikira mahal seperti kereta dan rumah maka pinjaman bank perlu dilakukan seterusnya pihak bank mula membuat keuntungan. Sifirnya mudah, pinjam banyak maka faedahnya (interest) banyak. Kita tiada pilihan lagi selain akur dengan peraturan pihak bank sehingga orang ramai mula celik tentang kelebihan nilai emas. Dengan keujudan pinjaman bercagar secara islam (ar rahnu) ia menambahkan lagi keghairahan orang ramai menyimpan dalam bentuk emas yang lebih stabil berbanding wang kertas. Keadaan ini menyebabkan keuntungan bank berkurangan kerana bank mendapat keuntungan melalui perniagaan wang dari penyimpan (pendeposit atau pencarum atau penyimpan). Ini dipanggil riba.

Menyedari hakikat ini, ramai pendeposit telah mengeluarkan duit mereka dari bank untuk membeli emas kerana menyimpan emas adalah lebih untung dari menyimpan di mana-mana saham walaupun saham amanah yang dijamin oleh kerajaan. Keuntungan riba dari saham tidak lebih 10% setahun manakala simpanan emas boleh mencapai 30% dan yang penting ia bersih dari riba! Oleh itu, tepuk dada tanya iman anda untuk membuat keputusan terbaik.

Kenapa Gelabah?

Sejak seminggu lalu iaitu pada 16 Mei 2011, satu berita mengatakan bahawa pihak Agro bank tidak lagi menerima pajakan emas yang berbentuk pelaburan. Buat masa sekarang arrahnu yang paling popular dah mudah ialah Bank Rakyat dan Agro bank. Bank rakyat telah membeku pajakan berbentuk emas perlaburan dan hanya menerima barang kemas sahaja sejak dua tahun lalu bila mereka terkena dengan kes Etiqa Emas.
klik utk besarkan

Keadaan ini membuatkan mereka yang menyimpan dalam bentuk goldbar atau dinar agak gelabah untuk menukar emasnya kepada barang kemas atau menjualnya terus. Maka dengan ini ada yang sanggup menjual emasnya hampir menyamai harga dealer tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain lagi yang berniaga emas sepertinya.

Bagi aku la, mereka ini seolah tidak menyedari bahawa yang mereka jual itu adalah emas, barang yang paling bernilai di muka bumi ni, bukannya penapis air. Nampak sangat mereka ni bergantung harap dengan Agro Bank. Seolah jika tiada bank ni, macam dah tak laku lagi emas yang ada.

Kita kena ingat bahawa emas adalah sejenis logam paling baik untuk menyimpan nilai yang boleh mengantikan wang fiat (wang kertas). Adalah dijangkakan bahawa harga makanan dan barangan akan naik sehingga 30% pada akhir tahun ini ekoran kenaikan harga minyak. Bila nilai wang fiat jatuh bermakna nilai emas akan terus naik. Oleh itu jika mereka yang menyimpan emas dan panik dengan tindakan Agro Bank berkenaan, aku rasa mereka silap. Banyak lagi yang boleh dibuat dengan emas berkenaan dan dengan tindakan bank berkenaan tidak lagi menerima emas menandakan bahawa:
Dollar vs Gold


# pihak bank dah kehabisan duit kerana telah diberi pinjaman kepada pemajak emas.
# keuntungan mereka semakin mengecil kerana orang ramai telah mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membeli emas.
# kepercayaan orang ramai terhadap ringgit (wang fiat) semakin merosot
# nilai wang fiat terus menjunam berbanding emas yang terus stabil.

Beberapa bulan lepas Bank Rakyat juga telah mengeluarkan saham bernilai RM3 billion dan hanya diperuntukan sebanyak RM500 jer seorang. Sesiapa yang beli saham ni memang dah masuk jerat la. Sebenarnya bank berkenaan dah kehabisan duit (tunai) kerana semua duit dah diberi kepada pemajak emas.
Promosi saham bank rakyat

Mereka yang membeli saham bermakna mereka membayar RM500 kepada bank dan direkodkan dalam buku akaun dengan angka. Jadi semua saham habis dijual bermakna bank berkenaan telah mendapat wang tunai sebanyak RM3 billion! Cekap bukan? So di sini kita tengok siapa yang kena.

Jadilah Pengurus Yang Bijak

Duit merupakan satu benda yang paling bernilai di muka bumi ni sejak nilainya tidak lagi ditambat dengan nilai emas pada 1969 oleh presiden US iaitu Richard Nixon. Kita akan gelap mata bila memiliki hanya beberapa puluh ribu sahaja yang boleh kita habiskan dalam beberapa minit untuk berbelanja.
Proton Saga tahun 1989
Sedikit kisah diri aku sendiri apabila mengeluarkan duit dari KWSP sebanyak RM38,000 pada tahun 2001. Biasanya bagi kakitangan kerajaan inilah masa yang paling dinantikan oleh mereka yang memilih ‘option’ tetap berpencen. Sebelum duit dikeluarkan, pelbagai rancangan telah dibuat untuk menggunakan duit ini. Kebanyakkannya adalah untuk berbelanja dan kalau diikutkan memang tak cukup pun duit sebanyak itu untuk melempiaskan nafsu ini. Maklumlah aku bukannya biasa memiliki duit sebanyak itu malah untuk memegangnya pun jauh sekali.

Setelah duit berkenaan berada di tangan, aku putuskan untuk menukar kereta proton saga tahun 1990 yang baru sahaja habis hutang kepada yang lebih baik sikit dan sesuai dengan bajet yang ada iaitu sebuah honda civic. Lagi pun kereta ini lah yang menjadi idaman ku sejak dulu lagi, jadi ini lah masanya. Duit yang ada cukup-cukup untuk kereta idaman kalbu dan ada sedikit lebihan dari hasil jualan kereta lama. Tu pun hanya berbaki RM4000 lebih jer. Jadi harga kereta idaman tu ialah RM41,000 di atas jalan dan yang paling best ialah secara TUNAI. Seronok bukan main tanpa menyedari yang aku telah berbelanja duit sebanyak itu dalam masa beberap minit sahaja.


Kereta Idaman masa tu 2001
Setelah 8 tahun berlalu harga kereta idaman tu hanya boleh bertahan RM12,000 sahaja. Tersentak sekejap sambil mengimbau kembali tentang harga yang aku beli dulu. Susut nilai sebanyak RM29,000 selama 8 tahun. Banyak tu.

Moralnya dari kisah benar di atas ialah bertapa jahilnya aku dalam menguruskan duit yang ‘terlalu’ banyak ini sehingga terlupa untuk menabung sehingga habis dalam sekelip mata sahaja. Tiada seorang pun yang memperkenalkan aku dengan kehebatan nilai EMAS seperti sekarang. Alangkah baiknya jika duit RM38,000 itu aku menukarkannya dengan nilai emas pada masa itu. Apa perlunya aku menukar kereta yang telah habis hutang bank dan tiada masalah langsung? Nak ke mana pun sampai. Semua ini adalah kesilapan dalam menguruskan duit dengan berbelanja kepada perkara yang tak perlu malah bukannya terdesak pun.

Jika aku menukarkan duit ku kepada emas pada masa itu, berapakah nilai yang aku dapat sekarang? Pada tahun 2001 harga emas ialah RM32/g, bermakna hanya RM3200 untuk 100g emas, RM32,000 untuk 1 kg emas sedangkan sekarang RM170/g. Jadi masa tu aku mampu untuk memiliki 1.3kg emas sebenarnya jika aku tau kelebihan menyimpan dalam bentuk emas.

Bulan April 2011, harga emas ialah RM170/g atau RM170,000/kg. Jika aku ada 1.3kg emas sekarang bermakna aset aku sekarang bernilai RM220,000 dalam masa 11 tahun. Adakah anda ingin mengulangi kesilapan yang telah aku lakukan dulu?

Jangan Tunggu Lagi


Ketika artikel ini ditulis harga emas ialah USD1506/oz atau RM170/g
Sejak dua minggu terdekat ni kenaikan harga emas begitu mendadak sekali iaitu dari RM155/gram sekarang dah jadi RM169/gram. Kenaikan sebanyak RM14/gram dalam masa dua minggu (ketika artikel ini ditulis). Ramai penyimpan emas berpendapat bahawa hanya orang yang betul-betul kaya sahaja yang mampu membeli emas untuk 10 tahun akan datang sebab harganya sangat mahal.

Emas hanya penyimpan nilai, jika kita perlukan tunai terdapat dua pilihan iaitu:
#             Menjual kepada orang lain. Tapi tindakan ini kelihatan merugikan diri sendiri kerana kita akan ketiadaan emas untuk selamnya kerana bukan senang nak dapatkan emas kembali.
#             Memajak di pajak gadai Islam (arrahnu). Tindakan ini lebih bijak kerana kita tidak kehilangan emas tersebut dan boleh menggunakannya sampai bila-bila.
Setelah harga emas melepasi USD1500/oz
Sebenarnya harga emas sentiasa berada diparas yang sama sejak ribuan tahun dahulu jika dibandingkan dengan seekor kambing. Tahukah anda bahawa seekor kambing dewasa  berharga satu dinar emas sejak zaman nabi hingga lah sekarang. Nilai satu dinar emas (4.25g) ialah RM700.00. Harga seekor kambing 10 tahun dulu ialah RM150 juga  bersamaan dengan satu dinar emas pada ketika itu. Dari sini kita boleh lihat bahawa nilai emas sentiasa stabil jika dibandingkan dengan seekor kambing atau ternakan lain. Kenaikan nilai sebanyak 30% setahun berbanding simpanan berbentuk saham yang tidak sampai 10%.

Sebenarnya harga emas menjadi mahal kerana nilai duit itu sendiri semakin berkurangan setiap hari. Oleh itu selamatkan nilai simpanan duit anda dengan menggantikannya dengan emas bermula sekarang. Selagi lama anda menyimpan dalam bentuk duit, semakin banyak susut nilai berlaku.

Sebungkus nasi lemak yang berharga RM2.00 sekarang tidak mungkin dapat dibeli lagi dengan harga yang sama 10 tahun akan datang tetapi sebaliknya dengan nilai emas.

Nasihat saya ialah, jika anda mempunyai simpanan, bertukarlah kepada emas sekarang. Jangan tunggu sehingga harga emas rendah kerana sejarah menunjukkan bahawa harga terus naik sejak 10 tahun lalu. Jadi masa yang sesuai untuk membeli emas ialah ketika ada duit, bukannya ketika harga rendah.

Seandainya selepas anda membeli emas, harganya tiba-tiba jatuh. Adakah anda mengalami kerugian? Jawapannya TIDAK. Sebab anda tidak akan rugi selagi anda tidak menjual emas tersebut dan sama lah juga ketika harga emas meningkat. Kita takkan mendapat untung selagi kita tidak menjual (pajak) emas tersebut.

Bukan Rezekinya


Keratan akhbar Cosmo 14 april 2011
Pada awal Januari tahun ni saya ada permintaan dari seorang rakan yang boleh dikatakan berjaya sebagai usahawan masakini iaitu beliau berminat untuk membeli emas dari saya sebagai simpanan. Beliau membayangkan untuk membeli dalam 100k dan saya menyediakan quotation dengan harga semasa ketika itu. Saya yakin beliau mampu sebab saya mengenalinya sebagai peniaga yang berjaya. Dia perlukan sedikit masa untuk berbincang dengan isterinya secara detail bagaimana untuk menguruskan emas tersebut nanti.

Selang beberapa hari beliau menghubungi saya dengan mengatakan bahawa beliau dan isterinya membatalkan urusan tersebut dengan beberapa alasan termasuk tidak yakin dengan kenaikan harga emas. Mungkin ini bukan rezeki saya dan beliau untuk memiliki emas sebagai simpaan masa hadapannya. Kini beliau terus menyepi berkaitan emas tersebut namun kami masih berhubung atas dasar kawan lama.

Oleh kerana dalam dua tiga hari ni kenaikan harga emas agak mendadak, bila masa terluang saya cuba menghitung quotation yang saya berikan kepadanya 4 bulan yang lepas dan hasilnya adalah seperti di bawah… wow!

Beberapa kali saya kira untuk pastikan saya tak silap… memang menakjubkan!
Ketika saya mencadangkan kepadanya dulu (Januari 2011) dengan harga RM101,857.00, sekarang selepas 4 bulan harganya telah menjadi RM110,664. Keuntungan sebanyak RM8,807.00 tapi semua ni bukan rezeki beliau.

Oleh itu nasihat saya kepada mereka yang berhasrat untuk menyimpan sambil melabur, jangan bertangguh lagi kerana harga emas akan terus dalam keadaan menaik tanpa kesudahan. Suatu hari nanti kita hanya mampu mendengar sahaja kerana pada masa itu orang yang betul-betul kaya sahaja yang akan memilikinya.

Harga Emas Terus Mengukuh


Website kitco yang menjadi rujukan harga emas dunia
Krisis ekonomi Negara besar seperti Amerika, China, Rusia dan Jepun memberi impak secara tak langsung kepada iklim ekonomi dunia termasuk Malaysia. Krisis bermaksud Negara tersebut akan mengalami:

# Perbelanjaan defesit atau perbelanjaan melebihi pendapatan sepatutnya
Zaman sekarang semua orang inginkan kehidupan yang serba lengkap, mudah dan canggih walaupun dikekang masalah kewangan. Keadaan ini akan mendedahkan ramai orang kepada masalah hutang yang bertimbun sehingga tidak mampu untuk mengisi perut ahli keluarga.

# Kekurangan peluang pekerjaan atau meningkatnya pengangguran.
Setiap masa sentiasa ada mereka yang sedang mencari pekerjaan samada di sektor kerajaan atau swasta. Jika pelabur pun tiada duit, macamana nak mulakan perniagaan?

# Kos sara hidup meningkat
Semua orang tau bahawa kos sara hidup sentiasa meningkat saban hari dan tiada siapa tahu bila ia akan berhenti. Ini akan memberi banyak tekanan emosi kepada mereka yang bergaji rendah atau tidak bekerja.


# Inflasi meningkat
Ramai orang pandai sebut tapi tidak tahu apakah itu inflasi. Saya bagi contoh pada tahun lepas harga seliter petrol ialah RM1.50. Selepas setahun harganya meningkat kepada RM1.90. Perbezaan harga antaranya adalah inflasi yang dikira dalam peratus.

Bersedia Dari Sekarang
Sejak saya sedar dengan kelebihan emas apada akhir tahun 2008 dan memilikinya pada awal 2009, semua simpanan saya dalam bentuk duit telah ditukarkan kepada emas. Terima kasih kepada seorang rakan sekerja di atas kesabarannya menerangkan kepada saya bahawa emas tu bukannya untuk perhiasan wanita semata-mata. Lelaki pun boleh memiliki emas tapi sebagai simpanan dan perlaburan.

Ketika saya memiliki emas pada ketika itu ialah RM118/g dan kini telah mencapai RM166/g. Kenaikan sebanyak 40.7%. Tanpa inflasi.

ASB pun hanya 8% jer setahun tapi bila ditolak dengan inflasi 4% maka bakinya hanya 4% saja yang untung. Jadi nasihat saya ialah sebelum harga emas menjadi terlalu mahal untuk dimiliki, bermulalah dari sekarang.

Jangan risau dan keliru dengan pelbagai andaian tidak berasas oleh mereka yang tidak faham tentang ilmu emas. Emas adalah sejenis bahan yang paling mudah dicairkan (ditukarkan) kepada duit. Ia boleh dijual atau dipajak di arrahnu untuk mendapatkan tunai dalam masa yang singkat.

Kewajipan Membayar Zakat Emas


Terdapat dua cabang zakat emas
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab


- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.


1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.


Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram


Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram




Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)  (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

The Power of Gold


Emas dan wanita memang
sinonim sejak wujudnya emas
RAMAI orang jadi gila kerana emas. Isteri mengamuk apabila si suami tidak menghiraukan membeli barang kemas menjelang Aidilftiri. Bagi sang kekasih mesti menyediakan gelang atau cincin emas untuk merebut hati bakal isteri.
Emas juga membuatkan segelintir manusia bertindak ganas. Lihat laporan media, saban kali ada berita kedai emas dirompak.
Ada yang memecah masuk kedai menyimpan emas di kedai pajak gadai kerana mahu cepat kaya. Ada juga perompak ditembak mati angkara emas.
Sekarang menjelang raya, kedai-kedai emas dipenuhi orang ramai. Ramai perempuan mahu bergaya sambut raya dengan bergelang emas.
Tidak kurang juga ada yang terpaksa menggadai nyawa kerana emas. Mereka bekerja di lombong emas sebagai punca pendapatan keluarga. Tengok apa yang berlaku di Chile, baru-baru ini. 
Seramai 33 pelombong terperangkap di bawah tanah, lapor akhbar antarabangsa 31 Ogos lalu. Rupa-rupanya mereka sudah terperangkap selama 25 hari dalam lombong emas yang terletak 800 km di utara Santiago.


Akhbar  melaporkan kerja-kerja menyelamatkan mengambil masa tiga hingga empat hari bagi membolehkan pekerja dibawa naik ke atas seorang demi seorang.
Kedalaman lombong emas itu 702  meter. Keadaan udara lembap di lombong emas dan tembaga di San Jose menyebabkan ada pelombong dijangkiti kulat dan mengalami bengkak-bengkak pada badan.
Berdasar kepada risiko tersebut maka tidak hairanlah mengapa harga emas mahal di pasaran dunia. Risiko merupakan antara ciri istimewa yang ada pada emas.
Selain itu mudah dibahagi tanpa menjejaskan mutunya, mudah ditunaikan dan tidak boleh dibinasakan.
Berasaskan kepada kelebihan tersebut maka tidak hairanlah emas menjadi kegilaan ramai sejak dahulu sehingga sekarang. 
Harga ayam kekal 1 Dirham
Di awal awal kebangkitan Islam sistem jual beli semuanya berasaskan kepada Dinar dan Dirham. Ia diperluaskan pada zaman Khulafa Al Rasyidin dan kemudian tersebar ke Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara.
Di kepulauan Melayu era kesultanan Melayu Melaka Dinar dan Dirham yang berteraskan emas dan perak digunakan sebagai mata wang.   
Sejak dari awal tamadun Islam di zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini seekor ayam tetap kekal pada harga 1 Dirham di kebanyakan tempat di seluruh dunia.
Dalam al-Quran diberitakan kisah Ashabul Kahfi menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik. Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun.”
Ayat di atas mengkisahkan pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun dalam sebuah gua. Kemudian telah menghantar salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak.
Ini bermakna dalam tempoh 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan.
Malangnya penggunaan wang Dinar dan Dirham gagal selepas kemerosotan empayar Islam pada abad ke-13 Masehi. Kedatangan penjajah yang berselindung di sebalik misi God, Glory and Gold menyebabkan umat Islam kehilangan tamadun yang gemilang.
Nilai emas syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya RM1,082 pada 18 Julai 2001, tetapi pada 1 Julai 2010 ia meningkat kepada RM4,104.
Pada kurun ke-19 negara-negara di Eropah menggunakan sistem kewangan yang dikenali sebagai ’gold standard’ di mana emas dijadikan sandaran kepada rezab mata wang.
Namun sistem tersebut dirombak selepas tercetus perang Dunia Pertama. Selepas perang Dunia Kedua sistem kewangan Bretton Woods pula diperkenalkan.
Ketika itu mata wang Dollar Amerika (USD) mulai menjadi mata wang utama dunia telah ditambat kepada emas pada kadar USD35 setiap auns.
Malangnya sistem tersebut hanya dapat bertahan sehingga 1971, di mana masyarakat antarabangsa menggunakan pula sistem mata wang berasaskan nilai sah yang diterima umum. Dan ia tidak lagi bersandarkan kepada emas.
Switzerland merupakan negara terakhir yang bertukar kepada sistem wang fiat pada 2000.
Bina tamadun Islam
Setelah umat Islam kehilangan tamadun dalam tempoh begitu lama, kerajaan Kelantan berusaha untuk membina semula tamadun yang hilang.
Selepas bertahun-tahun menghebabkan kelebihan yang ada pada Dinar dan Dirham, akhirnya kerajaan PAS memperkenalkan Dinar Kelantan pada 2006.
Ketika itu koin Dinar syiling seberat 4.25 gm dengan ukuran 23 mm bernilai RM332.25 dilancarkan. Selain itu separuh Dinar dengan ukuran 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 turut diperkenalkan.
Manakala suku Dinar pula seberat 0.5 gm berukuran 21 mm mempunyai nilai sebanyak RM99.38. Dan hari ini selepas empat tahun kemudian nilai bagi satu Dinar melonjak kepada lebih RM500.
Dan pada 2 Ramadan lalu sekali lagi Kelantan mencatat satu sejarah apabila mata wang syariah Dinar dan Dirham Kelantan diperkenalkan.
Kali ini penggunaan Dinar diperluaskan lagi fungsinya kepada pembayaran gaji, bayar zakat, mas kahwin dan urusniaga.
Kalau pada 2006 Dinar Kelantan hanya digunakan bagi mas kahwin dan simpan nilai tetapi hari ini fungsinya sudah berkembang.
 SUMBER Harakahdaily

Kehidupan Semakin Mahal



1- Harga Petrol
Sejak 10 tahun lalu kenaikan harga petrol sebanyak 70% atau lebih kurang 7% setahun. Setiap kali berlaku kenaikan harga petrol rakyat akan merungut dan dalam masa yang sama berlaku kenaikan harga barang keperluan harian. Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lepas kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50 seliter.
2- Kos Tambang
Bila harga minyak naik, secara otomatiknya semua harga barang lain akan meningkat sebab ia melibatkan tambang. Ada mak cik felda cakap, “mak cik tak kisah sangat minyak naik ni sebab mak cik hanya naik basikal jer pergi menoreh”, jawapan paling bangang dan biasa didengar.
Setiap kali melakukan perjanan orang akan berfikir acap kali tentang kos seperti tambang teksi, bas atau lori. Adakah mak cik tadi makan nasi dengan padi yang dia tanam sendiri?
3- Tak Kisah
"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanan di sana lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan lauk ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7 saja. Berpatutan harganya bagi saya. Saya rasa masih mampu untuk terus makan di situ," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.
4- Pilihan Tepat
Seorang pelajar Universiti Malaya beranggapan harga barang tidak akan pernah turun."Semuanya semakin tinggi. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet seharian," kata Mildred dari Sabah.
Kalau semua dah mahal, mana satu kita nak pilih?


5- Harga Rumah
Tahukah anda bahawa sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan Lembah Kelang boleh mencecah RM1,000,000.00 dan sebuah banglo tiga empat kali ganda lagi. "Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap dikawasan projek terbarunya di Shah Alam.

6- Kos Perbelanjaan Harian
"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian warga Malaysia masa kini.
Jadi, gaji RM1500 sebulan hanya sesuai untuk orang bujang yang baru bekerja sahaja. Kenaikan gaji tahunan pun tidak lebih 5% sedangkan inflasi negara 4%. Apa yang kita dapat?
7- Pasangan Hidup
Semasa saya melangsungkan perkahwinan 13 tahun lalu, secara keseluruhan saya hanya berbelanja sekitar RM7000 sahaja termasuk hantaran. Zaman sekarang anak muda yang ingin berkahwin perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM 12,000. Habis sebelum ekonomi stabil balik, kita nak makan apa?

8- Kesimpulannya
Mulai sekarang kita kena bersedia untuk menghadapi ‘azab’ dunia ini untuk mengharungi masa akan datang dengan iklim politik dunia yang kian bergolak. Semua ini akan memberi kesan secara langsung terhadap ekonomi dunia termasuk Malaysia. Tidak mustahil harga seliter petrol mencapai RM10 dan masa ini semua harga keperluan harian akan melambung hingga kita tak mampu lagi nak berbelanja.
Oleh itu bermula dari sekarang juga maka berdikit-dikit lah untuk menyimpan emas kerana hanya emas sahaja yang boleh menyelamatkan keadaan kerana:
#             Kenaikan harga emas ialah 30% setahun (purata). Sila lihat graf yang terdahuluDI SINI. Andai kata sekarang kita memiliki 100gram emas bernilai RM15,000, kenaikan sebanyak RM4500 setahun dan dalam masa sepuluh tahun nilai emas tadi akan menjadi RM60,000. Bandingkan dengan simpan dalam ASB yang bonus + dividen hanya 7% setahun tolak inflasi tahunan 4% , bakinya hanya tinggal 3% sahaja.
#          Emas kalis inflasi berbanding wang kertas. Emas dan perak adalah penyimpan nilai  yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Inflasi sifar selama 1400 tahun.
#             Jaminan oleh Nabi kita. Banyak hadis-hadis yang berkaitan dengan emas dan antaranya ialah Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
#          Semua manusia suka pada emas sejak 6000 tahun lalu sehingga sekarang dan hingga kiamat. Emas adalah logam mulia dari syurga.
#            Nilainya terus meningkat saban tahun. 1 dinar 4.25g pada tahun 2000 ialah RM140, sekarang tahun 2011 ialah RM670
#          Harga kambing sejak zaman Rasullulah hingga sekarang ialah sama iaitu 1 dinar manakala seekor ayam ialah 1 dirham.