Sunday, June 12, 2011

Jadilah Pengurus Yang Bijak

Duit merupakan satu benda yang paling bernilai di muka bumi ni sejak nilainya tidak lagi ditambat dengan nilai emas pada 1969 oleh presiden US iaitu Richard Nixon. Kita akan gelap mata bila memiliki hanya beberapa puluh ribu sahaja yang boleh kita habiskan dalam beberapa minit untuk berbelanja.
Proton Saga tahun 1989
Sedikit kisah diri aku sendiri apabila mengeluarkan duit dari KWSP sebanyak RM38,000 pada tahun 2001. Biasanya bagi kakitangan kerajaan inilah masa yang paling dinantikan oleh mereka yang memilih ‘option’ tetap berpencen. Sebelum duit dikeluarkan, pelbagai rancangan telah dibuat untuk menggunakan duit ini. Kebanyakkannya adalah untuk berbelanja dan kalau diikutkan memang tak cukup pun duit sebanyak itu untuk melempiaskan nafsu ini. Maklumlah aku bukannya biasa memiliki duit sebanyak itu malah untuk memegangnya pun jauh sekali.

Setelah duit berkenaan berada di tangan, aku putuskan untuk menukar kereta proton saga tahun 1990 yang baru sahaja habis hutang kepada yang lebih baik sikit dan sesuai dengan bajet yang ada iaitu sebuah honda civic. Lagi pun kereta ini lah yang menjadi idaman ku sejak dulu lagi, jadi ini lah masanya. Duit yang ada cukup-cukup untuk kereta idaman kalbu dan ada sedikit lebihan dari hasil jualan kereta lama. Tu pun hanya berbaki RM4000 lebih jer. Jadi harga kereta idaman tu ialah RM41,000 di atas jalan dan yang paling best ialah secara TUNAI. Seronok bukan main tanpa menyedari yang aku telah berbelanja duit sebanyak itu dalam masa beberap minit sahaja.


Kereta Idaman masa tu 2001
Setelah 8 tahun berlalu harga kereta idaman tu hanya boleh bertahan RM12,000 sahaja. Tersentak sekejap sambil mengimbau kembali tentang harga yang aku beli dulu. Susut nilai sebanyak RM29,000 selama 8 tahun. Banyak tu.

Moralnya dari kisah benar di atas ialah bertapa jahilnya aku dalam menguruskan duit yang ‘terlalu’ banyak ini sehingga terlupa untuk menabung sehingga habis dalam sekelip mata sahaja. Tiada seorang pun yang memperkenalkan aku dengan kehebatan nilai EMAS seperti sekarang. Alangkah baiknya jika duit RM38,000 itu aku menukarkannya dengan nilai emas pada masa itu. Apa perlunya aku menukar kereta yang telah habis hutang bank dan tiada masalah langsung? Nak ke mana pun sampai. Semua ini adalah kesilapan dalam menguruskan duit dengan berbelanja kepada perkara yang tak perlu malah bukannya terdesak pun.

Jika aku menukarkan duit ku kepada emas pada masa itu, berapakah nilai yang aku dapat sekarang? Pada tahun 2001 harga emas ialah RM32/g, bermakna hanya RM3200 untuk 100g emas, RM32,000 untuk 1 kg emas sedangkan sekarang RM170/g. Jadi masa tu aku mampu untuk memiliki 1.3kg emas sebenarnya jika aku tau kelebihan menyimpan dalam bentuk emas.

Bulan April 2011, harga emas ialah RM170/g atau RM170,000/kg. Jika aku ada 1.3kg emas sekarang bermakna aset aku sekarang bernilai RM220,000 dalam masa 11 tahun. Adakah anda ingin mengulangi kesilapan yang telah aku lakukan dulu?

No comments:

Post a Comment