Sunday, June 12, 2011

22k atau 24k

Salam semua kepada pengunjung blog saya yang tak seberapa ini. Nampaknya harga emas tak banyak berubah sejak beberapa minggu ini dan jangkaan selepas CNY akan berlaku lonjakan masih lagi ditunggu oleh mereka yang melabur dalam perniagaan emas ni. Semasa artikel ini ditulis harga emas sekitar US1357/oz berbanding harga tertinggi setakat ni ialah US1423/oz.

Bagi mereka yang hanya menyimpan emas sebagai pelindung aset, perubahan harga emas tidak memberi apa-apa makna sangat kerana samada harga emas turun atau naik mereka tidak rugi atau untung pun selagi tidak berbuat apa-apa dengan emas tersebut. Jadi kita tunggu dan lihat apa akan berlaku seterusnya pada harga emas ni kerana beberpa petunjuk mengenai kegawatan politik di Asia barat sedikit sebanyak akan mempegaruhi harganya nanti.

No comments:

Post a Comment