Sunday, June 12, 2011

Bank Ceti Berlesen

Pertama sekali aku nak tekankan bahawa aku bukan marah kat bank tapi sistemnya agak membuatkan aku susah hati. Aku dan pasti semua orang tiada pilihan lain untuk menyimpan duit melainkan di bank yang difikirkan lebih selamat dari dirompak penyamun. Maklum lah duit adalah satu benda paling berkuasa atas muka bumi ni.

Tahukah anda bahawa bank adalah sama dengan ceti haram tapi ia menjadi halal bila diberi lesen oleh pihak pemerintah (kerajaan) dan mengamalkan sistem kapitalis. Sila rujuk di SINI untuk kefahaman seterusnya tentang sistem kapitalis. Pernahkah anda membuat pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau pinjaman perumahan? Jika pinjaman RM10,000 maka bayaran balik akan menjadi sekali ganda atau lebih. Ini dinamakan interest atau keuntungan yang dikenakan kepada peminjam. Walau apa pun nama yang diberi ia tetap riba yang diharamkan oleh Allah.Ibnu Abbas ra berkata, “Wahyu yang paling akhir diturunkan kepada Rasulullah Saw adalah ayat mengenai riba”. (Riwayat Bukhari).



Kebiasannya nasihat atau pesanan terakhir yang kita beri kepada seseorang atau anak kita sendiri sebelum melakukan sesuatu ialah yang terpenting dan tidak harus dilupakan. Dalam ceramah mengenai kewangan Islam oleh Ustaz Zaharuddin juga menekankan bahawa sistem muamalat Islam adalah bab yang paling mencabar ilmu para ulamak dunia. Sila download dalam versi audio di SINI

Dr Yusuf Al Qardawi pernah mengatakan bahawa:
''Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan. Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamat asalnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang ...memakan dan yang diberi makan'.

Tahukah anda bahawa sistem wang fiat ini hanya berusia sekitar 40 tahun. Masih teramat baru jika nak dibandingkan dengan kewangan zaman nabi iaitu lebih 1400 tahun lalu. Maka dengan sistem yang dicipta oleh manusia dari barat yang semestinya berasaskan keuntungan, keutuhannya amat diragukan. Oleh kerana ketamakan manusia ingin memiliki wang yang banyak, maka wang kertas (wang fiat) telah dicetak tanpa bersandarkan dengan emas sejak 1969 dengan dimulakan oleh Amerika untuk menghadapi perang dengan Vietnam.
Logo Kapitalis

Sejak tarikh berkenaan harga emas mula naik sehingga ke paras sekarang dan mungkin tidak lama lagi kita tidak mampu untuk memiliki walaupun se gram emas.

Bila berlaku kenaikan harga barang, orang tidak lagi mampu untuk membeli sesuatu yang dikira mahal seperti kereta dan rumah maka pinjaman bank perlu dilakukan seterusnya pihak bank mula membuat keuntungan. Sifirnya mudah, pinjam banyak maka faedahnya (interest) banyak. Kita tiada pilihan lagi selain akur dengan peraturan pihak bank sehingga orang ramai mula celik tentang kelebihan nilai emas. Dengan keujudan pinjaman bercagar secara islam (ar rahnu) ia menambahkan lagi keghairahan orang ramai menyimpan dalam bentuk emas yang lebih stabil berbanding wang kertas. Keadaan ini menyebabkan keuntungan bank berkurangan kerana bank mendapat keuntungan melalui perniagaan wang dari penyimpan (pendeposit atau pencarum atau penyimpan). Ini dipanggil riba.

Menyedari hakikat ini, ramai pendeposit telah mengeluarkan duit mereka dari bank untuk membeli emas kerana menyimpan emas adalah lebih untung dari menyimpan di mana-mana saham walaupun saham amanah yang dijamin oleh kerajaan. Keuntungan riba dari saham tidak lebih 10% setahun manakala simpanan emas boleh mencapai 30% dan yang penting ia bersih dari riba! Oleh itu, tepuk dada tanya iman anda untuk membuat keputusan terbaik.

No comments:

Post a Comment