Kesinambungan dari bahagian pertama di SINI.
Apakah kelebihan simpan emas ni berbanding duit kertas?
Ingat, ini adalah simpanan bukannya untuk perbelanjaan. Banyak kelebihan menyimpan emas ni terutamanya dari segi kestabilan nilainya. Emas kalis inflasi dan harganya sentiasa naik saban tahun. Duit kertas akan menyusut 4% setahun sedangkan emas naik 30% setahun (purata). Sila ke SINI untuk melihat harga emas semasa.
Emas yang macamana yang boleh disimpan?
Anda boleh menyimpan emas dalam sebarang bentuk seperti gelang, rantai, dinar, bar, jongkong dan sebagainya. Yang penting emas yang disimpan itu mempunyai ketulenan 916 ke atas untuk memudahkan urusan jual beli nanti.
Kenapakah anda bersungguh-sungguh sangat mengajak orang beli emas?
Bila saya tau kelebihan menyimpan emas ni, saya rasa bertanggung jawab untuk meyampaikan kepada orang lain untuk berkongsi. Ia adalah dakwah ekonomi disamping mengukuhan ekonomi negara terutamanya bagi umat Melayu Islam. Misi saya adalah untuk membantu masyarakat negara ini mempunyai simpanan paling kurang 30gram emas untuk setiap keluarga.
Adakah anda peniaga emas?
Ya. Secara partime. Tapi jika kita ada ilmu tentang emas, kita tidak akan mudah diperdaya atau ditipu oleh peniaga emas. Oleh itu anda adalah digalakkan untuk mempunyai ilmu berkaitan dengan emas sebelum memilikinya. Setiap perniagaan mesti mempunyai keuntungan. Ingat emas adalah satu aset paling berharga di dunia sejak 6000 tahun lalu berbanding aset lain.
Apakah bentuk emas yang anda jual?
Semua jenis emas perlaburan seperti jongkong, bar, syiling dan dinar dengan berat minima 4.25g. Selain itu ada juga dalam bentuk gelang dan rantai sebagai pilihan untuk perhiasan sambil meyimpan. Kualiti yang ada ialah 916 hingga 999.9
Macamana dengan perbandingan harga dengan syarikat emas lain?
Untuk makluman anda, harga emas tidak dikawal malah tidak boleh dikawal pun. Harganya berdasarkan permintaan. Lagi tinggi permintaan lagi tinggi hargannya. Setiap syarikat ada alasan sendiri untuk menetapkan harga emas syarikat mereka dengan mengambil beberapa faktor seperti upah dan pegangkutan. Walaupun harganya tidak sama namun perbezaannya tidak jauh. Kita sebagai pembeli hanya boleh membezakannya dalam bentuk perkhidmatan (service), kualiti dan rekabentuk fizikal emas tersebut.
Bilakah masa terbaik untuk membeli emas?
Ketika ada duit. Sebagai peyimpan, kita tidak perlu menunggu harga emas turun baru hendak beli kerana harga emas tidak pernah turun dengan banyak tapi akan naik dengan banyak saban tahun. Bila kita telah memiliki emas, kita tidak akan rugi bila harga emas jatuh atau tidak akan untung jika harga emas naik selagi kita tidak menjual atau memajaknya.
Bagaimana nak simpan?
Bila kita memiliki emas, masalah utamanya adalah bagaiamana nak simpan. Ini adalah masalah utama bagi ‘orang baru’ memiliki emas. Sebenarnya ini hanyalah fobia sementara saja. Emas kita, kita lah yang simpan. Cara nak simpan terpulang pada kita tapi jangan lah membanggakan diri dengan menwar-warkan pada orang lain yang kita ni ada menyimpan emas.
Macamana nak buat untung dengan emas ni?
Nak buat untung maksudnya berniaga. Sebenarnya bila kita dah simpan emas, kita dah untung untuk jangka masa panjang sebab harganya sentiasa naik. Selain itu terdapat beberapa cara lain iaitu menggunakan arrahnu untuk memajaknya dan duitnya boleh beli emas lagi ketika harga sedang rendah. Manakala cara lain ialah menjadi peniaga emas macam saya. Boleh membuat keuntungan sehingga 8% dari hasil jualan emas semasa.
Adakah perlu kita tengok harga emas setiap hari?
Sebagai peyimpan ia tidak perlu sehingga tiba masa untuk kita menggunakanya seperti jual atau pajak di arrahnu.
Kalau saya nak jadi dealer (perniaga) emas ni macamana?
Boleh. Feenya hanya RM600 sahaja untuk seumur hidup. Sila ke SINI
Di mana nak jual untuk dapatkan tunai?
Semua orang suka emas. Anda boleh jualnya kepada sesiapa saja yang memerlukannya termasuk kedai emas, dealer emas lain dan saya sendiri dengan harga semasa. Pendapat saya, anda tidak perlu menjualnya untk dapatkan tunai. Anda hanya perlu memajaknya sahaja di arrahnu samada di agro atau bank rakyat.
No comments:
Post a Comment