Sunday, June 12, 2011

Jangan Tunggu Lagi


Ketika artikel ini ditulis harga emas ialah USD1506/oz atau RM170/g
Sejak dua minggu terdekat ni kenaikan harga emas begitu mendadak sekali iaitu dari RM155/gram sekarang dah jadi RM169/gram. Kenaikan sebanyak RM14/gram dalam masa dua minggu (ketika artikel ini ditulis). Ramai penyimpan emas berpendapat bahawa hanya orang yang betul-betul kaya sahaja yang mampu membeli emas untuk 10 tahun akan datang sebab harganya sangat mahal.

Emas hanya penyimpan nilai, jika kita perlukan tunai terdapat dua pilihan iaitu:
#             Menjual kepada orang lain. Tapi tindakan ini kelihatan merugikan diri sendiri kerana kita akan ketiadaan emas untuk selamnya kerana bukan senang nak dapatkan emas kembali.
#             Memajak di pajak gadai Islam (arrahnu). Tindakan ini lebih bijak kerana kita tidak kehilangan emas tersebut dan boleh menggunakannya sampai bila-bila.
Setelah harga emas melepasi USD1500/oz
Sebenarnya harga emas sentiasa berada diparas yang sama sejak ribuan tahun dahulu jika dibandingkan dengan seekor kambing. Tahukah anda bahawa seekor kambing dewasa  berharga satu dinar emas sejak zaman nabi hingga lah sekarang. Nilai satu dinar emas (4.25g) ialah RM700.00. Harga seekor kambing 10 tahun dulu ialah RM150 juga  bersamaan dengan satu dinar emas pada ketika itu. Dari sini kita boleh lihat bahawa nilai emas sentiasa stabil jika dibandingkan dengan seekor kambing atau ternakan lain. Kenaikan nilai sebanyak 30% setahun berbanding simpanan berbentuk saham yang tidak sampai 10%.

Sebenarnya harga emas menjadi mahal kerana nilai duit itu sendiri semakin berkurangan setiap hari. Oleh itu selamatkan nilai simpanan duit anda dengan menggantikannya dengan emas bermula sekarang. Selagi lama anda menyimpan dalam bentuk duit, semakin banyak susut nilai berlaku.

Sebungkus nasi lemak yang berharga RM2.00 sekarang tidak mungkin dapat dibeli lagi dengan harga yang sama 10 tahun akan datang tetapi sebaliknya dengan nilai emas.

Nasihat saya ialah, jika anda mempunyai simpanan, bertukarlah kepada emas sekarang. Jangan tunggu sehingga harga emas rendah kerana sejarah menunjukkan bahawa harga terus naik sejak 10 tahun lalu. Jadi masa yang sesuai untuk membeli emas ialah ketika ada duit, bukannya ketika harga rendah.

Seandainya selepas anda membeli emas, harganya tiba-tiba jatuh. Adakah anda mengalami kerugian? Jawapannya TIDAK. Sebab anda tidak akan rugi selagi anda tidak menjual emas tersebut dan sama lah juga ketika harga emas meningkat. Kita takkan mendapat untung selagi kita tidak menjual (pajak) emas tersebut.

No comments:

Post a Comment