Sunday, December 26, 2010

FAKTA NEGARA PEYIMPAN EMAS DUNIA..

Sejak 10 tahun lalu rizab emas negara telah menyusut teruk dari 72 tan kepada 12 tan tanpa audit yang jelas tentang kehilangannya. Pihak bank negara pula hanya mengumumkan dalam bentuk nilai sahaja tanpa memberi butiran fizikal emas itu sendiri. Dari segi politiknya perubahan ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat. Adakah selepas Anwar dipecat pihak kerjaan bebas menggunakan harta negara sewenangnya. Sehingga kini data yang diperolehi dari sumber bebas iaitu wikipedia mengenai status simpanan emas negara-negara dunia yang berdaftar dengan IMF
Sila klik untuk besarkan
Bila dilihat dari data ini menunjukkan bahawa Malaysia menampakkan peningkatan dari apa yang dilaporkan oleh media setahun lepas. Jika data yang diperolehi tidak soheh maka pihak kerajaan berhak mengambil tindakan kepada penyebarnya.
Jika dibandingkan dengan jiran terdekat kita iaitu Singapura yang mempunyai negara besar sedikit dari pulau pinang yang mampu menyimpan sebanyak 127.4 tan(ke-25) berbanding Malaysia hanya 36.4 tan(ke-45) sahaja. Bandingkan juga dengan negara pengeluar dollar terbesar dunia iaitu Amerika yang menyimpan 8133.5 tan manakala negara-negara kesatuan eropah sebanyak 10,793.4 tan.
Kebanyakkan dollar dilambakkan di negara-negara dunia ke-3 dan membangun seperti Malaysia dengan membeli pelbagai keperluan seperti minyak mentah, getah, bijih timah dan lain-lain. Mereka tidak kisah untuk mencetak duit kertas sebanyak mana pun kerana mereka telah berjaya menyakinkan dunia bagi menyandarkan nilai duit mereka kepada dollar. Kita ditipu bulat-buat!

No comments:

Post a Comment