Sunday, December 26, 2010

BIJAK MEMBELI.......

Di sini saya ingin mengajak pembaca berfikir sejenak sebelum membuat pilihan sebelum membeli. Bagi mata mereka yang biasa melihat satu brand sahaja mesti tiada masalah untuk membuat pilihan kerana mungkin kekurangan info tentang semua produk yang. Tapi kita kena ingat bahawa semua ini adalah EMAS dengan ketulenan yang sama. Pilihan bijak di tangan anda dengan penjimatan semasa membeli.

Kita sebagai dealer sekali pun janganlah 'terlalu jujur' dengan dengan diri sehingga merugikan diri sendiri dalam membuat pilihan kerana mungkin majikan anda tidak berfikir seperti anda. Lagi pun bukannya suatu kesalahan besar pun jika kita memilih produk selain dari 'syarikat bos kita'.

Sejak 2008 dan selain dari dinar emas keluaran negeri Kelantan yang sememangnya pelopor dalam pengeluaran dinar emas, terdapat beberapa syarikat telah menyedari akan kesedaran masyarakat dalam menyimpan nilai harta mereka dalam bentuk emas. Antaranya ialah Public Gold Sdn Bhd, Gold Crest Pavillion, GreenWealthGold dan Nubex Online Store dengan rekebentuk berbeza tapi menggunakan bahan yang sama iaitu EMAS tulen dengan kualiti antara 999.9 atau 916 namun dengan harga yang TIDAK SAMA.


Kenapa? Sebab harga emas tidak dikawal dan sememangnya tidak boleh dikawal. Jika syarikat A menjual dengan harga yang agak tinggi, tiada siapa nak beli tetapi jika menjual dengan harga yang rendah dari pasaran akan mengundang kerugian pula. Emas ni bukan macam logam lain, mudah didapati. Jika dijual dengan harga yang murah, kita akan cepat kehabisan stock dan perlu mendapat bekalan dengan harga yang lebih rendah dari harga jualan untuk menjana untung. Orang berniaga mesti nak untung.


Kedai emas tidak termasuk dalam 'pertandingan' ini kerana mereka mengamalkan diskriminasi harga yang agak tinggi iaitu sehingga 20% termasuk kos upah dalam penghasilan produk mereka (wormanship) dan mereka juga terikat dengan persatuan peniaga emas (FGJAM). Walaubagaiamana pun mereka lebih tertumpu kepada penjualan barang kemas saja dan sampingan dalam penjualan goldbar dan syiling emas. Dengan ujudnya syarikat yang menjual emas tanpa kos upah ini sedikit sebanyak menjejaskan hasil jualan mereka.

Sebenarnya kita telah 'dipermainkan' oleh syarikat tersebut dengan beberapa syarat yang tidak masuk akal kerana kejahilan diri tetapi kita juga lupa hasrat sebenar kita menyimpan emas lalu terpengaruh dengan dakyah mereka. Jika kita beli emas ketika harga rendah dan menjual balik pada syarikat ketika harga tinggi, sebenarnya kita telah membuat kesilapan. Maksudnya mereka ialah bila anda membeli emas daripada syarikat A maka jika ingin menggunakan duit tunai, anda mesti menjual balik kepada mereka mengikut harga spread. Sebenarnya kita telah kembali kepada WANG KERTAS!

Jadi kesimpulannya bila kita mula menyimpan emas, kita hendaklah menyimpannya selama mungkin selagi kita tidak lagi berminat untuk menyimpannya. Jika kita perlukan wang tunai kita hanya perlu gunakan kemudahan Ar-rahnu untuk memajak aset kita dan menebusnya kembali dalam jangkamasa tertentu.

Arrahnu akan memberikan 65% dari nilai (untuk kali pertama dan 70% untuk kali kedua) semasa emas dan kita hanya perlu membayar upah simpan sahaja dengan kadar RM0.75 untuk RM100 nilai emas selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan sehingga 18 bulan.



Jika anda bijak bandingkan harga di bawah:




Public Gold
Perbandingan hanya untuk kualiti 999.9 sahaja dengan tiga syarikat tempatan iaitu Public Gold, GoldCrest Pavilion dan Green Wealth Resources. Harga yang dipaparkan adalah bertarikh yang sama iaitu 19 November 2010. Agak lambat dari posting artikel ini.

Harga di Public Gold: RM154.10/gram
(RM3082.00/20g). Harga kat website akan update setiap 20min.

GCP

Harga di GCP:  RM153.95/gram
(RM3079.00/20g). Harga kat website akan update sehari sekali sahaja (10.00am)


GWR
Harga di GWR: RM150.50/gram
(RM3010.00/20g). Harga akan sentiasa update.


Harga dari Nubex tak boleh update sebab stock mereka habis! Yang ada hanya silver jer sekarang. Harga mereka akan update setiap 4 minit.

Jadi bila kita tengok harga dari tiga syarikat ini hampir sama tapi kita pertimbangkan beberapa sebab iaitu harga dari GCP hanya update sekali sehari sahaja manakala dari syarikat lain lebih kerap dan berubah-ubah mengikut harga emas dunia. Sila rujuk SINI(kitco).

Bila harga menghala ke kedudukan menurun kita akan untung bila merujuk kepada harga yang sentiasa update (Public Gold, GWR dan Nubex).

Tapi bila harga pada kedudukan menaik, kita akan untung bila merujuk pada harga di GCP sebab mereka hanya update sekali sehari saja (antara 9-10 pagi).
Live dari Kitco.com (klik pada gambar untuk besarkan)
Walaubagaimana pun kita boleh merujuk harga dari kitco sebab kebanyakan harga dunia adalah berpandukan dari sini tapi hanya panduan sebab kekuatan matawang negara masing-masing berbanding dollar juga memainkan peranan. Contoh: harga kat Malaysia tak banyak berubah berbanding kitco sebab kedudukan Ringgit lebih kukuh pada masa berkenaan.

No comments:

Post a Comment