Sunday, December 26, 2010

SEJARAH HARGA EMAS DUNIA

Harga emas semasa dunia pernah dicatat seawal 1883 dulu. Pada masa berkenaan manusia belum lagi menggunakan kelebihan emas hingga ke tahap maksimun seperti sekarang.
Emas yang belum diproses
Selama hampir 50 tahun iaitu dari 1883 hingga 1932 harga emas sekan tidak bergerak dan amat stabil iaitu sekitar $20.60 per auns.

1 auns = 31.10 gram           
1 auns = $20.60 pada tahun 1883 - 1932

1 aun = $26.33 pada tahun 1934 - 1967
Sejak tahun 1934 harganya bergerak sedikit kepada $26.33 per aun sehingga tahun 1967. Peristiwa dunia seperti peperangan berlaku di mana-mana dan yang paling dekat pada masa berkenaan ialah perang dunia pertama. Tapi masa itu manusia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti sekarang untuk melaksakannya kerana penggunaan teknologi masih rendah. Peristiwa peperangan besar lain ialah antara Jepun dengan China (1937-1945) dan banyak lagi di kawasan Eropah. Jadi harga emas dunia banyak dipengaruhi oleh iklim politik dunia itu sendiri. Bila berlakunya peperangan, kos negara terlibat akan bertambah, penggunaan duit bertambah seterusnya meningkatkan harga emas. Banyak keperluan dan peralatan perlu dibeli bagi menampung permintaan.
Senarai harga dari 1883-1999(USD/auns)
Harga emas dunia terus berkembang sejak 1970an kerana kebanyakan negara mula pulih dari kemusnahan akibat peperangan. Pada tahun 1974 harga dicatat $159/aun iaitu peningkatan pertama yang amat ketara dan terus naik tanpa henti sehingga sekarang.

Tahukah anda kenapa? Pada tahun 1971 Presiden Amerika Richard Nixon memutuskan bahawa nilai USD tidak lagi bersandarkan dengan harga emas semasa. Ini berlaku disebabkan mereka memerlukan duit yang banyak kerana peperangan di Vietnam. Jumlah emas yang yang ada tidak mencukupi bagi mencetak wang yang banyak padahal ketika ini mereka memerlukan wang. Bila wang dicetak melebihi nilai emas maka ia dinamakan WANG FIAT. Wang fiat hanya sekeping kertas yang diberi nilai oleh pemerintah. Jika pemerintah yang kuat dan stabil ia memberi kepercayaan kepada rakyat dan negara-negara lain untuk menyokonnya. Amerika terus melobi lain-lain negara dunia supaya mempercayai nilai dollar kerana mereka memerlukan sokongan dan kepercayaan untuk membeli bahan mentah yang akan digunakan unutk membuat kelengkapan senjata untuk peperangan.
Presiden Amerika
Richard Nixon 1969-1974
Oleh kerana wang kertas dollar dicetak tanpa bersandarkan dengan nilai emas, kepercayaan masyarakat terhadapnya semakin berkurangan maka nilainya akan menurun manakala harga emas terus melambung. Ianya kelihatan ketara di akhir 70an. Penganalisis ekonomi dunia terus mengecam tindakan presiden Richard Nixon kerana tindakan beliaulah yang menyebabkan nilai matawang di seluruh dunia kian jatuh sehingga sekarang. Negara terakhir yang mencetak duit tanpa bersandarkan dengan emas ialah Switzerland iaitu pada tahun 2008
Inflasi pun semakin hebat melanda dunia. Hampir semua negara mengalami situasi ini. Bencana inflasi terbaru ialah negara Zimbabwe pada 2008 yang telah mencapai 2 juta % !
Graf dari tahun 2000-2010



















Harga emas sejak 10 tahun lalu. 


2001 - RM 36 segram
2002 - RM 40 segram
2005 - RM 62 segram
2006 - RM 73 segram
Okt 2008 - RM 98 segram
Jan 2009 - RM 105 segram
Feb 2010 - RM 124 segram
Sep 2010 (1) - RM 132 segram
Sep 2010 (2) - RM 146 segram
dan ianya terus naik tanpa henti dan aras!

kenaikan sebanyak 1400%!!!


Jangkaan pada 2 tahun lagi iaitu 2012 untuk harga 1 auns emas mencecah $2000 datang lebih cepat dan nilai dollar tidak akan pulih selamanya. GAME OVER! Perlawanan nilai dollar dan emas sudah berakhir. Harga emas menewaskan nilai dollar lebih cepat dari jangkaan pakar ekonomi iaitu lima tahun lagi. Bila nilai dollar jatuh maka hampir semua matawang dunia yang bergantung pada dollar akan mengikut jejaknya.

Bagaimana dengan Ringgit Malaysia? Bagi mereka yang masih bertangguh, mengambil sikap tunggu dan lihat untuk memiliki nilai emas sebagai penyimpan nilai, mereka akan terus akan kempunan untuk memilikinya. Siapakah agaknya manusia yang hilang akal akan membeli emas pada nilai lebih RM500 per gram..? Atau dia adalah seorang jutawan wang fiat seperti duit gambar pokok pisang pada zaman Jepun dulu. Tapi semuanya sudah terlambat kerana wang anda sudah tidak mempunyai nilai lagi dan kalau bernilai pun renunglah peristiwa yang melanda Zimbabwe pada 2008. Jadi belajarlah dari peristiwa ini sebelum nasi dah menjadi bubur. Lihat gambar di bawah 
Harga sesikat pisang

Gaji sebulan
































Harga 3 biji telur

No comments:

Post a Comment