Sunday, December 26, 2010

INFLASI?APE BENDENYE TU......

INFLASI MEMBUNUH KEWANGAN ANDA, JIKA ANDA TIADA PERANCANGAN KEWANGAN DARI SEKARANG
Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 3.5 – 4% setahun. Bagaimana kadar ini ditentukan tidaklah kita tahu sangat. Tetapi mengikut perkiraan Perancang Kewangan, kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.
Apakah inflasi : Inflasi adalah suatu kadar yang ditentukan untuk mengukur kenaikan harga barang di pasaran ( ini dalam bahasa mudah ).
Mari kita lihat kesan inflasi untuk 20 tahun akan datang.
1. Makanan Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM 0.50 sekeping. Sekarang 2008, ia berharga RM 0.80. ( kenaikan 37.5% ). Harga Mee Udang Penang, 5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00 semangkuk. Sekarang 2008, berada pada tahap RM 12.00 semangkuk. ( kenaikan 140 % )
Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM 20 sehari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Ini kadar yang termurah. Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%, ia berada pada tahap RM64.15 SEHARI 20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.
SEHARI RM64.15, SEBULAN RM 64.15 X 30 = RM1924.5 SETAHUN = 12 X RM1924.5 = RM23094 ( Hanya untuk MAKANAN PAGI , TENGAHARI DAN MALAM )
Selepas bersara, orang Malaysia boleh hidup lagi 20 – 30 tahun.
Kalau anda hidup 25 tahun lagi selepas bersara, anda memerlukan RM 23 094 X 25 = RM 577 350.
Harap ia membantu anda

No comments:

Post a Comment