Sunday, December 26, 2010

KISAH SEBAGAI TAULADAN

Beberapa hari lepas saya ada berborak dengan seorang rakan sekerja Ismail (bukan nama sebenar) mengenai dari hal peribadi, hal kerja dan sehinggalah kepada bisnes partime. Menurutnya dia ada membuat projek untuk persediaan apabila pencen nanti iaitu melabur dalam ternakan ikan air tawar dan tanaman mangga delight. Saya sekadar pendengar setia yang kadang-kadang mencelah untuk menyedapkan ceritanya.

Bermula dengan pinjaman bank sebanyak 100 ribu untuk memiliki tanah pertanian seluas dua ekar berdekatan kampungnya dan tambahan lagi sebanyak 100 ribu untuk membina kolam dan benih ikan air tawar. Oleh kerana pulangannya mengambil masa beberapa bulan beliau menggunakan simpanan sendiri untuk menampung lain-lain kos termasuk perbelanjaan harian. Ismail seorang pegawai kerajaan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan projeknya dan mengupah beberapa orang pekerja Indon untuk membantunya.
Menternak ikan kolam mengambil masa untuk
dapatkan hasilnya.

Sebagai orang baru terjebak dengan projek sebegini banyak keputusan adalah berdasarkan pertanyaan dengan kenalan, pembacaan dan try and error. Ismail memberi banyak kepercayaan kepada pekerjanya melangsaikan apa yang patut seperti menebas semak, meracun rumput dan menjaga kolamnya. Boleh dikatakan 90% kerja dilakukan oleh pekerjanya dan Ismail hanya hanya mengarahkannya saja. 

Ikan tilapia dan kelinya sudah boleh dijual untuk kali pertama sementara pokok mangga menunggu masa beberapa tahun lagi. Ismail agak gembira walaupun untuk balik modalnya yang beratus ribu itu masih jauh. Hampir dua tahun menjalankan projek pertaniannya, Ismail jatuh sakit. Sakit yang agak misteri iaitu, mata kurang nampak, tak boleh berdiri lama kerana cepat letih dan tangan terketar-ketar macam kena parkinson.
Gambar Hiasan: Mangga memerlukan masa yang lama
untuk memberi hasil



Sejak itu beliau banyak menghabiskan masa berulang alik ke hospital walaupun pada waktu pejabat. Pada mulanya dia ke hospital swasta tapi memerlukan perbelanjaan yang agak besar jadi hanya mampu ke hospital kerajaan saja. Kesian. Dalam pada itu beliau sudah jarang menjenguk kebunnya dan memberi kepercayaan penuh kepada pekerja Indonnya sehinggalah beliau mendengar berita bahawa pekerjanya belok dengan menjual sendiri ikan di kolam sampai habis dan cabut lari. Banyak peralatan pertanian seperti pam air, penyembur racun dan beberapa peralatan lagi dilarikan.

Sehinggalah sekarang kebunnya masih terbiar sebab tak mampu mengurusnya dan yang paling menyedihkan ialah dia kena membayar hutang dengan bank dan beberapa agensi pinjaman lain hampir RM7000 sebulan. Dia tak bagi tau apa maksud ‘agensi pinjaman’ tu. Bergenang air mata beliau untuk menghabiskan ceritanya lalu menyalakan sebatang rokok dunhill untuk menenangkan diri. Hampir sejam saya menjadi pendengar setia dan kurang menyampuk bila ceritanya semakin serius.

MORALNYA:
Dalam pada itu dalam kepala saya berfikir, alangkah bagusnya kalau beliau menggunakan kesemua modalnya untuk membeli emas… hehehe… ke situ pulak! Memang betul, jika dia berbuat demikian 3 tahun dulu, sekarang dia dah nikmati keuntungannya. Mari kita kira jika beliau bermodalkan RM250,000 untuk membeli emas tiga tahun dulu. Berapa keuntungan dia dapat sekarang! 

Pada tahun 2007 harga emas ialah RM85/g manakala sekarang 2010 ialah RM161/g. Kenaikan 100%! Berdasarkan data ini kita boleh conggak bahawa dengan modal yang ada aset emas beliau sekarang bernilai RM500,000 tanpa berbuat apa-apa. Hanya simpan sahaja dengan selamat dan keluaran zakat. Itu saja.

Dengan hanya membeli emas Ismail tak perlu lagi nak bersusah payah untuk menguruskan kebun dan kolam ikannya. Berpenat dan membuang masa ke sana ke mari membeli barangan serta keperluan lain untuk memulakan projek pertaniannya. Itu belum lagi dikira bertekak dengan tokey cina dalam tawar menawar barangan dan perkhidmatan. Semua ini dapat dielak dengan hanya menukar projeknya kepada emas!

Dengan emas beliau tidak memerlukan pekerja, tak perlu berpanas, letih ke sana kemari malah hampir tak perlu berbuat apa-apa pun. Hanya menyimpan dengan selamat. Tapi adakah sebegini mudah untuk mengubah cara orang kita melabur dan bekerja? Masyarakat kita telah melalui mimpi ngeri dan fobia oleh aktiviti MLM(Multi Level Marketing) seperti zhulian, amway dan banyak lagi skim direct selling yang banyak menguntungkan orang atas dan tokey saja. Jadi bila kita perkenalkan emas pada mereka, kita pun dipandang sama saja dengan MLM yang lain. Hanya nak cari untung.

Jadi dengan emas, kita adalah tokey, kita adalah kuli dan kita boleh tentukan berapa untung yang kita nak. Kita simpan kita untung, kita jual pun kita untung dan kita berniaga lagi untung. Jadi tiada kerugian dalam meyimpan emas malah keberkatan bertambah selagi kita mengikuti apa yang disuruhNya.

No comments:

Post a Comment