Kebanyakan mereka yang berduit lebih dan ingin mengumpul aset akan memilih untuk membeli tanah atau rumah kerana ini adalah aset yang paling menjamin masa depan juga untuk anak-anak. Tindakan diambil kerana semua berpendapat bahawa aset tersebut amat bernilai di masa akan datang dan jika di jual pun akan memberi pulangan yang tinggi. Oleh kerana kekurangan maklumat mereka ini terlepas pandang dengan satu lagi aset yang jauh lebih baik dari tanah dan rumah iaitu EMAS.
Nilai emas tetap tinggi walaupun dalam bentuk begini |
Ini adalah kerana hampir semua orang beranggapan bahawa emas itu adalah untuk kaum wanita sahaja termasuklah saya sendiri. Tapi setelah membuat sedikit kajian sendiri melalui pembacaan, seminar dan maklumat dari kenalan yang terlibat dengan perniagaan emas pendapat itu kian berubah. Sebenarnya menyimpan harta dan kekayaan dalam bentuk emas adalah yang terbaik berbanding rumah dan tanah.
Rumah yang cantik juga akan lusuh ditelan zaman |
Di sini antara kelebihan emas berbanding tanah dan rumah:
1. Proses jualbeli yang panjang.
Urusan jualbeli emas jauh lebih senang dan ringkas berbanding tanah dan rumah yang memakan masa berbulan-bulan dengan kos pengurusan dan dokumentasi yang banyak. Banyak beurusan dengan individu termasuk peguam, penilai, bank dan pegawai PBT (pihak berkuasa tempatan)
2. Emas free maintenance
Berbanding emas, setiap rumah dan tanah akan dikenakan pelbagai bayaran sejak proses jual beli termasuk cukai stem, peguam dan cukai dari PBT. Jika aset berkenaan berada di kawasan bandar semakin tinggi cukai yang perlu dibayar. Jika tanah yang dibeli adalah dalam keadaan kosong atau tanah kebun, penjagaannya adalah perlu supaya ia tidak dipenuhi semak samun.
3. Hak milik Emas adalah kekal.
Oleh kerana ruang semakin mengecil pihak kerajaan telah memperkenalkan pemilikan tanah atau rumah hanya untuk 99 tahun sahaja. Jadi selepas ini harta kita tidak boleh diwasiatkan kepada generasi kita selepas tempoh tersebut. Jika pihak kerajaan memerlukan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan, tanah atau rumah kita boleh diambil pada bila-bila masa dengan bayaran yang ditawarkan sahaja.
4. Emas boleh dijual atau pajak mengikut keperluan.
Jika kita memerlukan wang tunai (cash), kita hanya menjual atau pajak sekadar perlu sahaja melalui ar rahnu (pajakan islam) dan menebusnya kembali. Harta tidak hilang. Tapi tanah atau rumah kita perlu menjual atau pajak kesemuannya sekali dengan bank yang mengamalkan sistem riba. Pihak bank tidak menerima jika kita hanya ingin memajak pintu rumah sahaja!
5. Emas sentiasa di sisi pemiliknya
Masalah ini berlaku kepada kebanyakan kakitangan awam. Bila kita membeli rumah atau tanah berhampiran tempat kerja asal dan bila kita ditukarkan ke tempat yang baru, tanah atau rumah tersebut terpaksa ditinggalkan. Kalau tanah kosong akan dinaiki semak samun manakala rumah hanya boleh disewakan kepada orang lain dan keadaan rumah kian lusuh dimamah usia. Lebih terharu lagi jika tuan rumah sendiri belum merasainya sejak dibeli.
6. Emas adalah kekayaan yang sebenar (unggul)
Sesiapa yang memiliki emas adalah dianggap memiliki kekayaan sebenar kerana sifatnya tidak boleh dimusnahkan dan tidak boleh dicipta oleh manusia. Ia akan kekal sehingga ke akhirat kerana menjadi perhiasan utama ahli syurga nanti. Rumah atau tanah berdepan dengan risiko kemusnahan seperti kebakaran, bencana alam dan dimamah usia. Tanah tidak berguna lagi jika setiap tahun ditenggelami banjir dan rumah akan roboh hanya dengan serangan anai-anai saja.
7. Di berkati Allah
Bila kita memaklumkan bahawa kita ada menyimpan emas, sentiasa ada seseorang akan mengingati kita tentang zakat. Orang tidak akan kisah tentang zakat jika kita ada simpanan berjuta ringgit di bank. Bila zakat dikeluarkan, ia membantu orang lain secara adil dari kekayaan kita. Ar Rahnu tidak menerima barangan lain untuk dipajak selain emas
8. Nilainya yang sentiasa meningkat.
Bila ditanya kepada seseorang, adakah harga emas murah? Ya, harga tahun sebelum ini adalah lebih murah dan semestinya harga tahun akan datang akan lebih mahal. Kenaikan harga emas secara purata sebanyak 28% selama 10 tahun dan akan terus naik tanpa had. Dijangka dalam masa 10 tahun akan datang orang tidak lagi mampu untuk memiliki walau 1 dinar kerana harganya terlalu mahal.
9. Senang dibawa jika diperlukan
Adakah anda ingat semasa kisah peperangan Vietnam pada akhir 60an dan awal 70an. Kebanyak mereka yang bergelar pelarian membawa emas bersama mereka untuk melarikan diri ke negara lain sebab mereka tau hanya emas sahaja yang diterima oleh negara lain. Bayangkan jika mereka membawa duit negara mereka ke Malaysia, tiada siapa yang menerimanya malah tidak mengenalinya langsung tapi emas adalah sebaliknya.
10. Bernilai diseluruh dunia
Kita boleh berniaga emas di seluruh dunia jika kita mahu sebab ia diterima di seluruh dunia. Semua kekayaan negara dunia dinilai dalam bentuk emas, tidak batu permata, minyak dan sebagainya. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang tertarik dengan emas sejak 6000 tahun dahulu hingga hari kiamat
11. Emas boleh menabung secara berdikit-dikit.
Untuk membeli rumah atau tanah, kita perlu menyediakan wang sehingga berpuluh atau beratus ribu untuk memilikinya. Kita tidak boleh membeli tanah sekaki atau sekilo sebulan untuk mengumpulnya menjadi seekar. Kita tidak boleh membeli bumbung sahaja untuk bulan ini dan dinding sahaja untuk bulan depan tapi emas boleh dibeli mengikut kemampuan dan dikumpul menjadi banyak.
12. Ruang simpanan yang jimat dengan emas.
Untuk nilai emas bernilai lebih sejuta, kita hanya memerlukan 1 kaki persegi untuk ruang simpanan di bank-bank tempatan dengan bayaran serendah RM25-RM300 setahun berbanding kawasan yang luas untuk tanah dan rumah. Setiap bank juga menawarkan insuran bagi menjamin keselamatan harta peyimpannya.
No comments:
Post a Comment