Thursday, December 23, 2010

MENGAPA BERURUSAN DENGAN EMAS ?

Bila saya bercerita kepada seorang rakan tentang emas, terus saya dilebelkan dengan pemain saham cepat kaya atau MLM. Susah betul nak ubah fikiran masyarakat kita yang rata-rata dah tau dengan kelemahan sistem lapuk yang dah bersarang dalam kepala mereka sejak skim berkenaan melanda negara padahal mereka hanya tau berita ni hanya melalui percakapan dan tanpa melaluinya. Ini dipanggil gosip.
Sistem MLM yang menguntungkan
orang di atas

Di sini suka saya ingin terangkan bahawa kenapa emas? Tidak duit, tidak ASB, Tidak Tabung Haji atau Unit Trust? Sebenarnya saya pun pernah terjebak dengan skim MLM dan beberpa skim saham yang agak popular pada suatu ketika dulu. Dalam banyak-banyak nama dan syraikat itu tak ada satu pun yang menjayakan saya tapi tidaklah sampai jatuh miskin. Tapi saya lalui semua ini demi untuk berjaya, kalau tak berjaya pun saya dah ada satu pengalaman yang mungkin orang lain tak ada. Saya memegang kata-kata semangat dari seorang kenalan bahawa orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup mengambil risiko dan jika ada orang yang penakut tapi berjaya, itu bukan dari usahanya sendiri tapi hanyalah kerana nasib.

Memang betul rezeki itu dari Allah tapi jangan lupa usaha adalah tangga kita. Tanpa sebarang usaha nak suap nasi pun tak boleh. Dalam bab emas ni pulak saya lebih suka bercerita hanya untuk simpanan sahaja tapi jika anda mahu melabur dan berniaga, keuntungan sepatutnya lebih berganda dari sekadar menyimpan. Jadi walaupun sekadar menyimpan tanpa berbuat apa-apa, kita tetap akan untung, malah lebih untung dari menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji yang anda semua sudah tau berapa % setahun. Juga semua orang tahu bahawa harga emas meningkat saban tahun dan tidak ada orang kata harga emas sekarang murah. Saya pun dah lama dengar ayat ni dari dulu lagi tapi biasanya orang akan cakap, harga emas tahun lepas lebih murah dari harga sekarang. Betul la tu. Tapi faktanya? Saya pun sama, hanya tahu tanpa fakta. ASB tau la, dividen dan bonus dalam 7% setahun. Tahukah anda bahawa kenaikan harga emas adalah sehingga 28% setahun. Banyak tu kalau nak bandingkan dengan ASB. Perbandingan ini pun orang tau tapi kenapa tiada tindakan?

Dalam pada tu ada jugak soalan bodoh yang saya dengar. “Habis kalau harga emas tu mahal, nak jual kat mana?” saya jawab, jangan jual tapi pajak jer. Sebenarnya bab pajak memajak pun kena bukak satu topik lain sebab masih ramai kaum Melayu ni tak tau tentang ujudnya Arrahnu kat Bank Rakyat atau Agro bank tu. Tapi tak apa la sekurang-kurang mereka ni nak bertanya dan memberi kita petunjuk tentang tahap ilmu ekonomi yang mereka ada.
Semua orang tertarik dengan emas
sejak 6000 tahun dulu

Sejak setahun lalu, melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri saya dah boleh agak kenapa perkara ni berlaku. Tiada pengentahuan tentang emas atau ILMU emas. Dalam kepala mereka ni hanya nampak duit saja. Ya… yang kita tau duit adalah satu benda yang paling berkuasa atas dunia sekarang tapi sebenarnya ada lagi benda yang lebih berkuasa dari duit iaitu EMAS. Hanya segelintir sahaja yang tau tentang kuasa emas. Kalau ada yang tau pun hanya untuk kegunaan sendiri jer. Lantak la orang lain. Emas ni untuk orang perempuan saja. Hanya orang nak kawin saja guna emas sebagai hantaran dan sebagainya.

Adakah anda pernah dengar bahawa pekedai emas bankrap, tutup kedai atau ada masalah kewangan walaupun tak ada orang masuk pun ke kedainya…. Tak ada kan?. Sebab mereka ni menjual emas. Emas ni tak buruk, tak busuk, tak ada tarikh luput dan tak perlu nak simpan dalam bilik hawa dingin pun untuk jaga kualitinya. Tanam dalam tanah sekali pun harga emas tetap akan bernilai dan harganya terus naik. Emas tak boleh dimusnahkan, tak boleh dicipta dan tak boleh dimanipulasi macam duit kertas.

Tapi itu adalah peniaga emas yang mencari makan dengan perniagaannya tapi saya hanya mahu mengajak anda menyimpan emas dan berkongsi ilmu mengenainya. Itu sahaja. Tapi kenapa sampai beriya sangat nak ajak orang menyimpan emas hingga bersusah payah buat blog sendiri untuk promosi emas ni. Nampak menakutkan dan mengundang beberpa persoalan seterusnya membandingkan dengan beberapa skim yang saya sebutkan tadi. Mesti anda beranggapan bahawa mesti untung besar ni. Takkan nak bersusah begitu sekali nak ajak orang. Pesal tak kata, lantaklah dengan orang lain tu dengan nasibnya.

Memang la ada untung. Mana ada orang buat sesuatu tu dengan sungguh-sungguh tanpa untung. Paling tidak pun keuntungan dari mendapat keredhaanNya. Tapi banyak mana? Saya hanya boleh bagi bayangan bahawa keuntungannya datang dari bagaimana cara kita menguruskan emas kita walaupun sebagai peyimpan pasif saja. Saya pun boleh kongsi tentang cara berniaga emas. Tapi dengan syarat anda kena minat dan rajin membaca serta bertanya jika kurang faham. Saya mengambil masa hanya beberapa jam untuk membaca dan membuat keputusan tentang emas dan lebih setahun dengan pemerhatian sendiri.

Berbalik kepada kenapa saya beriya sangat ajak anda menyimpan emas ni. Tentang ini pun saya akan berkongsi jugak dengan anda. Bermakna tiada apa lagi yang nak diselindungkan. Sebenarnya dengan kuasa emas yang Allah bagi pada kita, kita boleh buat apa saja atas dunia ni tapi dengan syarat kita juga kena belajar macamana cara nak guna emas. Rasanya kat sekolah pun tak ada ajar subjek ni. Antaranya ialah:
Graf harga emas 10 tahun lalu.
(Klik untuk besarkan)

# Emas adalah kekayaan sebenar kita. Sebab? Tiada lagi benda lain yang boleh tandingi nilai emas termasuk rumah, tanah dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang belum mempunyai rumah, sebaiknya beli la rumah dulu jika perlu. Tentang ini pun saya dah tulis sebelum ni.

# Harga emas sentiasa meningkat sebanyak 30% setahun (purata) sejak 10 tahun lalu. Harga emas pada tahun 2000 ialah RM32/gram atau 1 dinar hanya RM145 sahaja. Sekarang tahun 2010 harga segram emas ialah RM163 atau 1 dinar RM692. Cuba kira berapakah kenaikanya. Jadi kita tak perlu melabur pun kalau nak untung. Hanya simpan jer. Kalau berniaga lagi la untung

# Wang kertas (fiat money) mengalami kejatuhan nilai setiap hari kerana dimamah inflasi. Nilai RM25 hari ini yang boleh membeli sekampit beras 10kg tidak lagi boleh berbuat demikian setahun dari sekarang kerana inflasi semakin meningkat. Walaubagaimana pun kita tetap memerlukan wang tunai untuk kegunaan belanja harian.
# Menguatkan ekonomi ummat Islam. Bila anda membaca dan mengambil iktibar dari bencana inflasi Zimbabwe sehingga 2.5juta peratus maka itulah keadaannya jika duit sudah tidak benilai lagi selain dari emas.

# Emas adalah satu benda yang paling mudah dicairkan untuk dapatkan tunai. Setiap orang sukakan emas sejak 6000 tahun dahulu. Dengan ujudnya pajakkan cara Islam (Ar-rahnu) maka peluang untuk meningkatkan ekonomi ummat Islam terbuka seluas-luasnya. Tepuk dada tanya hati untuk buat keputusan.

#  Bebas dari dosa riba kerana nilai emas akan naik dengan sendiri tanpa manipulasi dan kawalan. Harga akan meningkat berdasarkan permintaan semasa. Mengikut kajian kos melombong emas semakin tinggi dan susah dijumpai juga banyak mempengaruhi harga emas dunia.

# Emas boleh dipajak di Arrahnu iaitu pajak gadai cara Islam. Satu ketika dulu hanya orang miskin yang kesempitan duit saja yang ke kedai pajak tapi sekarang keadaanya sudah terbalik. Sebab tu la bila sebut saja perkataan pajak gadai satu perasaan negatif ujud dalam benak kita. Tapi kini orang kaya saja yang pergi ke arrahnu kerana mereka mempunyai emas. Harta lain seperti tanah, kereta dan rumah tidak boleh dipajak tapi boleh dicagar di bank. Cagaran di bank adalah cerita lain kerana banyak kelemahannya termasuk riba dokumentasi yang banyak. Orang yang memiliki emas digelar orang kaya. Usahawan emas lagi la digelar orang kaya. Dengan arrahnu dengan hanya sehelai kertas dan beberapa minit saja diperlukan untuk anda diberi pinjaman sehingga RM50,000.00.

No comments:

Post a Comment