Sunday, December 26, 2010

RIZAB EMAS NEGARA MALAYSIA TELAH MENYUSUT....????


Menurut berita laman web Jabatan Industri dan Perdagangan Afrika Selatan http://www.thedti.gov.za/ yang memperolehi maklumat dari Tabung Kewangan Antarabangsa IMF, rizab simpanan emas Malaysia telah menyusut teruk. Sebelum tahun 1999 simpanan emas negara mempunyai 72.7 tan emas bersamaan 2.34 juta aun tetapi oleh kerana kegawatan ekonomi yang melanda dunia kerajaan telah menjual sebahagian emas tersebut pada Ogos 1999 untuk mengimbangi kegawatan yang berlaku. Selepas itu baki simpanan emas negara mempunyai hanya 36.3 tan sahaja iaitu 1.17 juta aun. Hampir separuh dari stock asal.

Kini rezab emas negara khabarnya hanya tinggal 12 tan sahaja sehingga Julai 2009 iaitu selama 10 tahun kemudiannya. Nampaknya apa yang kerajaan war-warkan selama ini bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih hanya lah untuk menyedapkan hati rakyat yang ketandusan maklumat sahih. Tindakan bank negara memberi laporan dalam bentuk angka tanpa dalam bentuk fizikal memberi gambaran salah tentang cara penyimpanan emas itu sendiri.

Seperti sedia maklum bahawa emas merupakan harta negara yang paling mudah dicairkan untuk menampung sebarang kemungkinan masalah kewangan atau memerlukan perbelanjaan segera kini telah hampir kering. Untuk mengaburi mata rakyat, pihak Kementerian Kewangan hanya menyatakan jumlah simpanan emas negara dalam bentuk USD sahaja iaitu sekitar US 379 juta sahaja bersamaan RM1.135 billion dan tidak dalam bentuk kuantiti emas itu sendiri. Ini bermakna dalam tempoh 19 tahun negara telah menjual sebanyak 60.7 tan emas yang berharga lebih RM6.83 billion.

Dikhabarkan juga walaupun negara berbaki hanya 12 tan emas sahaja, namun ia telah dipinjamkan kepada negara ketiga untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 1% setahun atas nilai emas yang dipinjam. Amalan ini sangat berbahaya kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sistem politik negara ketiga yang tidak berapa baik, ia mengundang risiko untuk negara kehilangan segalanya. Akhirnya simpanan rizab emas negara hanya tinggal catatan dalam buku akaun sahaja manakala kuantiti yang sepatutnya berada di depan mata tidak kelihatan lagi.

Walaubagaimana pun kita masih berharap pihak kerajaan dapat menjelaskan kedudukan sebenar rizab emas negara dalam bentuk fizikal dengan telus melalui media tempatan. Ini dapat menenangkan keresahan rakyat yang mengambil cakna tentang kedudukan ekonomi negara seterusnya menyakin pelabur untuk datang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment