Friday, November 9, 2012




Among the subjects that I have been teaching throughout my service as an instructor at the MARA Vocational Institute specifically for Programme Certificate Technology Engineering of Electrical (Power)  are as follows:

Tuesday, November 6, 2012


semua salinan mengenai kelayakan yang diperlukan seperti di lampiran

Antara subjek yang pernah saya mengajar sepanjang saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA khususnya bagi program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa adalah seperti berikut :

Tuesday, October 23, 2012

Tenaga Elektrik menjadi satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan juga bagi sesebuah negara pada masa kini. Secara amnya, ia telah merubahkan gaya hidup, teknologi dan ekonomi dunia. Tanpa elektrik pasti kehidupan kita tidak cukup lengkap serta bermakna dan dunia ini akan sentiasa dalam kegelapan.

 "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" adalah satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Pada pendapat saya, berdasarkan kenyataan diatas, bagi merealisasikan matlamat tersebut salah satu diantara keperluan yang amat penting dan mesti diberi perhatian yang sewajarnya adalah mengenai tenaga elektrik. Untuk menjadi sesebuah negara yang maju, keperluan bekalan tenaga elektrik yang berterusan tanpa ada sebarang gangguan adalah amat penting. Ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur dan meningkatkan pelaburan di dalam negara ini disebabkan oleh aspek tersebut. Keperluan tenaga kerja yang ramai serta berkepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik amat diperlukan untuk menjamin kestabilan penjanaan tenaga dan pengagihan bekalan elektrik.
Bidang kejuruteraan elektrik ini adalah bidang yang amat luas merangkumi juga bidang elektonik. Bidang ini telah memberikan peluang pekerjaan yang amat besar pada masa kini. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan impian saya untuk menjadi salah seorang daripada tenaga pakar yang terlibat dalam bidang kejuruteraan elektrik di negara saya. Untuk itu, saya mesti mempunyai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kreativiti yang tinggi untuk menjadi cemerlang dan bidang ini. Bagi tujuan tersebut saya harus mempelajari bidang kejuruteraan ini dengan lebih mendalam.
Adalah menjadi impian saya untuk melanjutkan pelajaran saya di UK adalah kerana ia adalah contoh sebuah negara yang maju yang terbaik, mempunyai level standard pendidikan yang tinggi, mempunyai universiti berprestij serta terkemuka di dunia, suasana aman damai dan harmoni yang mana ia amat sesuai untuk pembelajaran dan kajian dan sentiasa memberi peluang kepada pelajar antarabangsa.
Saya amat berharap agar impian saya akan menjadi kenyataan. Saya percaya akan kelebihan mempunyai ijazah daripada UK akan memberi saya lebih kekuatan dalam mengharungi bidang kejuruteraan yang mencabar ini dan juga akan membantu meningkatkan professionalism dalam bidang kerja saya.